Kurma VS Kismis, Mana Lebih Hebat?

Kurma dan buah kismis adalah buah-buahan kering yang popular sepanjang bulan Ramadan. Namun kedua-duanya mengandungi khasiat yang sangat tinggi dan seharusnya dimakan pada bila-bila masa. Jelita senaraikan kepada anda khasiat dan kebaikkan kurma dan kismis yang perlu anda tahu.

51766831_m
Kurma
Mengandungi kebaikkan serat yang tinggi, potassium, magnesium dan vitamin B6, Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan dalaman. Bagaimanapun anda perlu mengambil lebih daripada sebiji untuk mendapatkan kebaikkan yang menyeluruh, tapi awas, cukup sekadar 5-7 biji sehari kerana kandungan gulanya. Kurma memang sesuai di makan ketika berpuasa ataupun berdiet keana ianya membekalkan tenaga dan membuatkan anda boleh menahan lapar dalam beberapa jam.

Antara kebaikkan Kurma adalah seperti di bawah :
• Mengurangkan berat badan dan risiko kanser kolon.
• Meredakan sembelit atau cirit-birit dan membantu sistem pencernaa dan penghadaman.
• Menyihatkan dan mengurang risiko sakit jantung. Malah mampu menurunkan kadang darah tinggi.
• Bagus untuk wanita mengandung kerana memudahkan proses bersalin.

Menurut pakar kesihatan antarabangsa, berbuka puasa dengan kurma membantu mengawal nafsu terlebih makan. Malah makan kurma setiap hari membantu penglihatan anda terutamanya ketika memandu di waktu malam.

Kismis

Kismis adalah snek terbaik menggantikan snek kegemaran anda yang tidak menyihatkan . Mengambil beberapa biji kismis setiap hari memberikan kebaikan kepada perut. Mengandungi serat yang baik, kismis menyingkirkan lebihan air dalam perut seterusnya mengurangkan kembung dan angin perut. Dengan kandungan potassium dan magnesium yang tinggi, kismis juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mencegah penyakit seperti gout, batu karang dan jantung.

Kulit Cantik Dengan Kismis

Untuk kamu yang mementingkan kesihatan kulit, kismis adalah salah satu caranya. Tidak seperti krim pelembap biasa, kismis memelihara kulit dari dalam dengan melindungi sel kulit dari sebarang kerosakan. Penuh dengan antioksida, ianya juga melindungi kolagen dan keanjalan kulit seterusnya melambatkan penuaan, kedutan dan menghapuskan bekas jerawat. Kismis hitam pula bertindak meningkatkan fungsi hati untuk mendetofikasikan badan dengan menyingkirkan toksin untuk kulit yang bersih dan berseri.

Jadi, jom gunakan kesempatan di bulan Ramadan ini untuk menikmati kebaikan kurma dan kismis. Manalah tahu, berseri di pagi Lebaran.

Foto: 123rf.com

, , , , , , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter