Lelaki Berusia Lebih Menarik Perhatian Wanita

Isu ini sangat menghantui isteri. Terutama bagi mereka yang mempunyai suami yang mencecah umur 40-an dan percaya dengan istilah ‘Life begins at 40’s’. Permasalahan ini tidak dinafikan ada benarnya kerana ada ramai lelaki yang mula mencari pengganti baru ketika usia semakin meningkat.

Gambar: INGimage

Namun begitu, sebagai isteri anda seharusnya percaya dan yakin dengan si suami. Ini kerana tidak semua yang akan berubah sikap apabila usia perkahwinan semakin bertambah. Ada di antara mereka masih setia walaupun anda tidak lagi seperti dahulu. Contoh terdekat sudah tentulah ibu bapa kita yang masih saling sayang-menyayangi walapun sudah di usia senja.

Tiada sebab untuk anda tidak percayakan si suami. Jika dia mampu bertahan dengan sikap anda sebelum ini, pasti dia sudah boleh terima baik buruk anda untuk tempoh masa 10 tahun akan datang. Anda cinta pertamanya dan bukan mudah baginya untuk melupakannya. Jika ada yang datang di dalam hidupnya selepas anda pasti ia tidak sama dan yakinlah bahawa anda tetap yang teristimewa.

Paling penting, anda seharusnya bersyukur kerana menginjak usia 40-an selalunya suami sudah mempunyai kewangan yang stabil dan berjawatan tinggi di dalam syarikat. Ini secara tidak langsung memberi jaminan masa depan yang lebih cerah kepada anda dan keluarga. Kalau dulu anda hidup secara bersederhana tetapi selepas ini anda tidak perlu melalui kesusahan itu lagi.

Emosi suami anda juga sudah terkawal apabila usianya bertambah. Kalau dulu dia mungkin cepat naik marah, tetapi kini mungkin dia akan menjadi lebih penyabar. Seharusnya anda bersyukur kerana rumah tangga anda akan lebih bahagia kini.

Lagipun tidak semua lelaki sama. Ada ramai lelaki menjadi lebih setia dan romantik dengan pasangan apabila usia semakin meningkat. Waktu ini mereka lebih terbuka untuk meluahkan rasa sayang dan tidak malu untuk menunjukkannya di depan anak-anak kerana mahu menjadi contoh buat mereka. Terima lelaki anda seadanya dan anda juga haruslah menjadi isteri yang terbaik buat dirinya. Barulah dia akan lebih jatuh cinta.

UBAH DIRI PIKAT SUAMI

Tidak dinafikan, isu suami curang apabila lewat usia berpunca daripada isteri yang mula mengambil mudah mengenai hubungan yang lama terjalin. Jadi, ini menjadi tanggungjawab isteri untuk mengelak perkara ini terjadi. Tawan hati suami anda jika tidak mahu dia cari yang lain. Ini caranya:

1.Wujudkan semua hubungan romantik

Apabila sudah lama berkahwin, pasangan selalunya akan mengambil mudah atau terlepas pandang mengenai hubungan intim suami isteri. Ini bukan hanya hubungan di ranjang tetapi lebih kepada sikap saling-sayang menyayangi seperti waktu sedang bercinta. Cipta semula momen indah anda dan suami pasti dia tidak akan cari lain.

2.Jangan menjadi seperti ibunya

Lelaki paling tidka gemar jika isterinya cepat melenting atau suka membebel. Faktor usia, wanita akan jadi seperti ini terutama apabila sudah mempunyai anak. Jangan layan suami seperti anda melayan anak kecil. Dia mahukan isteri yang boleh bermanja bukan isteri yang suka marah-marah.

3.Buang sikap suka berprasangka

Wanita terkenal dengan sikap cemburu dan gemar berfikir yangbukan-bukan. Inilah sikap yang sukar dikikis namun dapat dikawal. Elakkan berprasangka buruk kepada suami. Cuba percaya dan yakin dengannya. Tidak semua lelaki pulang lewat kerana berjumpa perempuan lain di luar.

4.Ubah penampilan

Apabila sudah berusia ramai wanita mula tidak mengambil berat menegnai penampilan mereka. Tiada lagi baju cantik atau muka berseri dioles solekan. Inilah kesilapanyang mereka teidak sedar. Lelaki suka jika isteri mereka nampak sempurna. Biarpun berusia, pastikan penampilan anda sedap dipandang suami.

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter