Panduan Mudah Untuk Menjaga Belakang

Gangguan kesihatan seperti sakit belakang ini telah menduduki tempat kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Sakit belakang menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem saraf. Oleh itu, ia amat penting sekali untuk anda menjaga bahagian belakang agar anda dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. Jelita kongsikan enam panduan mudah untuk menjaga belakang anda.
 

     

  • Elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jika terpaksa berdiri untuk jangka masa panjang, letakkan bangku rendah berdekatan dengan kaki. Letak sebelah kaki secara bergilir di atas bangku itu bagi merehatkan kaki.
  • Elakkan memakai kasut bertumit tinggi dan pakai kasut dengan pelapik lembut.
  • Apabila duduk, gunalah kerusi dnegna belakang yang lurus dan boleh diubah ketinggiannya.
  • Jika memandu pada jarak jauh, berhentilah setiap satu atau dua jam. Keluar dari kereta dan berjalan seketika.
  • Jangan mengangkat barang yang berat sejurus selepas memandu jarak yang jauh.
  • Kurangkan berat badan jika ianya menjangkau tahap berlebihan.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter