Panduan Mengatasi Tekanan Akibat Cabaran Bekerja

Ramai yang menyalahkan kerja yang dilakukan sebagai tidak sesuai padahal sebenarnya waktu kerja terlalu memberi tekanan hingga menyebabkan dia menjadi bosan atau hilang semangat untuk melakukan kerja itu. Apa jua pekerjaan yang dilakukan kita perlu faham bahawa akan ada sedikit sebanyak elemen stres atau kita pasti akan lalui saat-saat sukar dalam menjalankan kerja itu.

Gambar: INGimage

Ini yang dinamakan cabaran hidup dan lumrah bagi setiap individu. Sebagai contoh, seseorang yang bekerja dalam bidang yang mengejar ‘dateline’ adalah perkara biasa dalam kerja seharian. Apa yang membezakan setiap individu yang melaluinya adalah cara dia berfikir, menerima dan mengatasi cabaran itu.

Berikut adalah tip untuk mengatasi cabaran waktu kerja yang menjadi punca tekanan:

(i) Buat Senarai Kerja

Mulakan setiap hari dengan menyenaraikan apakah kerja yang perlu diselesaikan untuk hari itu. Ini akan mempersiapkan minda serta menjadikan anda fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Perkara ini mungkin nampak mudah tetapi amat membantu anda menyusun jadual waktu kerja dengan lebih teratur. Selain membantu mengurangkan tekanan kerja serta membolehkan anda selesaikan lebih banyak kerja.

(ii) Satu dalam satu masa

Apabila anda sudah sedia maklum dengan apa yang perlu dilakukan berdasarkan senarai tadi, fokuskan minda anda kepada kerja yang perlu dilakukan satu persatu sehingga selesai dan bukannya fokus pada keseluruhan senarai. Ini akan menyebabkan anda berasa tertekan.

(iii) Biar Cukup Rehat

Amalkan untuk berhenti seketika daripada melakukan kerja selepas setiap sejam kerana ini akan memberi peluang untuk minda anda berehat. Beredarlah seketika dari ruang anda bekerja dan berjalan untuk menghirup udara segar yang mana ini bukan sahaja memberi peluang kepada minda anda untuk ‘bernafas’ tetapi ia turut membantu melancarkan peraliran darah; yang mana hasilnya, anda akan berasa lebih segar selepas itu.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter