Panduan Memulakan Perniagaan Dalam Talian

Keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan ramai  mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Daripada perniagaan pakaian sehinggalah kepada perniagaan makanan, semuanya menjadi perhatian kini.

Zaman berasaskan teknologi komputer kini menyaksikan urusniaga canggih berleluasa dalam kehidupan harian sehinggakan makanan pun boleh dipesan melalui dalam talian sahaja. Orientasinya, pesan dan tunggu setengah jam,  makanan anda akan dihantar di depan rumah atau di pejabat. Namun bukan mudah untuk memulakan perniagaan dalam talian ini kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Gambar: INGimage

 

Jangan terlalu memikirkan keuntungan

Sebagai peniaga yang baru ingin memulakan perniagaan, anda digalakkan untuk tidak menjual barangan dengan harga yang memberi pulangan keuntungan berganda. Bukan anda sahaja yang menjual barangan berkenaan. Pembeli biasanya akan membuat perbandingan harga sebelum membeli. Jadi tidak salah menjual produk anda dengan harga lebih murah daripada  pesaing anda untuk mendapatkan pelanggan setia tetapi pastikan anda mempunyai sedikit keuntungan.

Cuba untuk mempelajari ilmu perniagaan.

Anda digalakkan untuk cuba mempelajari ilmu perniagaan. Tidak salah untuk bertanya pendapat daripada rakan anda. Mungkin mereka mempunyai idea bagaimana untuk membantu memajukan perniagaan. Jangan malu untuk bertanya kepada yang lebih tua dan mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Anda boleh bertanyakan soalan di forum perniagaan yang terdapat di internet selain perlu rajin mencari dan cuba untuk belajar bagi memantapkan ilmu perniagaan yang diceburi. Anda  juga boleh pergi ke kelas yang dianjurkan oleh usahawan dalam talian.

Mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perniagaan dalam talian yang mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lebih mudah mendapat kepercayaan daripada pelanggan kerana mereka tahu bahawa perniagaan ini boleh dipercayai dan tidak menipu. Mendaftarkan perniagaan anda sangat penting. Selepas mendaftar anda boleh mempamerkan nombor pendaftaran SSM anda di Instagram atau Facebook

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter