Cara Untuk Elak Dari Tanggung Hutang Kad Kredit

Beli dulu, bayar kemudian. Bunyinya seperti mudah sahaja untuk mendapatkan apa sahaja yang dinginkan dengan menggunakan kad plastik itu namun apakah cara yang terbaik untuk mengawal perbelanjaan biar tidak terjerat dengan hutang yang menjerat? Jelita kongsikan cara mudah untuk elak dari tanggung hutang kad kredit anda.
 

Gambar: Shutterstock


 
Bayar Hutang Tepat Pada Masa

Berwaspada dengan hutang kad kredit. Bayar semua bil tepat pada masanya. Buatlah pembayaran melebihi dairpada bayaran minimum.
 
Hentikan Pembelian Tanpa Dirancang

Jadilah pembeli yang berhemah. Senaraikan barangan yang hendak dibeli dan elak pembelian yang tidak dirancang. Juga jangan gunakan kad kredit untuk mendapatkan wang kerana kadar faedahnya agak tinggi.
 
Satu Kad Sudah Cukup

Jangan tamak dan elakkan menambah hutang baru dengan memiliki kad kredit yang lain. Anda akan terdorong untuk lebih berbelanja jika mempunyai banyak kad. Ingat, hutang juga bertambah jika anda ada kad lain.
 
Pilih Kad Yang Betul

Semak dahulu kad kredit mana yang menawarkan bayaran yuran yang rendah untuk transaksi di luar negeri dan bawa kad tambahan untuk digunakan. Gunalah kad kredit hanya apabila ia amat diperlukan kerana penggunaan dengan sewenang-wenangnya boleh membawa padah.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter