3 Cara Mudah Untuk Turun Berat Badan Tanpa Berlapar Dan Senaman

Senaman dan diet antara cara berkesan untuk anda turunkan berat badan namun dengan masa yang agak terhad, ia agak mustahil untuk melakukan dua cara ini. Namun, anda tidak perlu khuatir kerana walaupun tanpa berlapar mahupun melakukan senaman, anda masih boleh menurunkan berat badan. Jelita kongsikan tiga cara mudah untuk turun berat badan melakukan senaman dan juga tidak perlu berlapar sepanjang hari.
 

 
Bernafas

Peraturan utama untuk senaman pernafasan ialah anda perlu bernafas dengan menggunakan perut anda. Jika anda melakukan keseluruhan latihan pernafasan ini, tidak mustahil untuk anda mendapatkan pinggang yang ramping dan otot abdomen yang kuat.
 

 

 
Mandi Dengan Menggunakan Air Panas Dan Sejuk Secara Bergilir

Sebaik sahaja anda habis mandi, tukarkan suhu air daripada sejuk ke panas dan lakukannya dengan kerap. Mandi dengan menggunakan air panas dan sejuk secara bergilir bukan sahaja dapat membantu mengurangkan berat badan berlebihan tetapi juga mengelakkan penyakit seperti aritmia, obesiti, hipertensi, selulit dan melancarkan fungsi vegetovaskular.
 

 
Urutan

Jenis urutan terbaik untuk melawan lemak adalah bekam, air, madu dan mencubit. Urutan jenis ini dapat membantu memecahkan lebihan lemak dan meningkatkan peredarah darah di bahagian abdomen. Anda boleh melakukan prosedur ini di rumah atau di salon khas dan ia haru dilakukan secara sistematik dan mengikut kitaran.
 
Gambar: INGimage

Type keyword(s) and press Enter