10 Tanda Buah Pinggang Anda Mungkin Tidak Berfungsi Dengan Baik

Setiap hari minda anda akan memproses maklumat dan badan anda akan menghantar isyarat kepada anda. Ada masanya mungkin anda terlepas pandang isyarat yang dihantarkan oleh tubuh anda dan tindakan itu akan mengakibatkan perubahan yang drastik dalam hidup anda. Jelita kongsikan 10 tanda buah pinggang anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.

1 of 10

Sukar Tidur

Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, itu bermakna toksin tidak boleh keluar dari badan melalui air kencing dan ia akan kekal dalam darah. Peningkatan tahap toksin akan menjadikan anda sukar untuk tidur. Jika anda kurang tidur, ini akan memudharatkan lagi fungsi buah pinggang anda. Bagi pesakit yang menghidap Penyakit Ginjal Kronik, mereka akan biasa mengalami simtom apnea tidur. Apnea Tidur adalah gangguan yang menyebabkan nafas terhenti selama beberapa saat atau seminit kemudian nafas akan kembali pulih seperti biasa. Jika anda tidur berdengkur yang kuat dan berterusan, itu adalah tanda sudah tiba masanya untuk berjumpa dengan doktor.

1 of 10

Sukar Tidur

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter