Showcase Dato Sheila Majid Yang Berlatar Belakangkan Alam Semulajadi

Pada 29 April 2017 ini, peminat kepada salah satu ikon tercinta Malaysia, Dato Sheila Majid akan berpeluang untuk menjadi antara yang pertama untuk menyertai showcase penyanyi tersohor tanah air itu. Dato Sheila Majid akan menyanyikan lagu dari album terbarunya secara langsung di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak.
 
Pada petang eksklusif itu, Sheila Majid akan menyanyikan lagu dari album terbarunya dalam suasana intim di tempat peranginan tersebut yang berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi salah satu hutan hujan tertua di dunia. Resort ini di kelilingi oleh Kompleks Hutan Hujan Tropikal Belum- Temengor yang saiznya empat kali ganda dari Singapura. Pohon di dalam hutan hujan ini dianggarkan berusia 130 juta tahun dan ia lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo.
 
Selain mengadakan showcase untuk peminat Sheila Majid, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar antara sebab yang sebati dengan DNA korporat Pemuliharaan Belum serta Yayasan Pulau Banding yang ditubuhkan untuk memelihara dan melindungi persekitaran semula jadi.
 

” Ia adalah satu keistimewaan bagi saya untuk bekerja bersama dengan Pemuliharaan Belum dan Yayasan Pulau Banding ke arah usaha murni mereka untuk menggalakan pemuliharaan alam sekitar. Malah Belum Rainforest Resort telah menawarkan lokasi yang menakjubkan untuk inisiatif unik ini dan saya tidak dapat memikirkan cara yang lebih baik untuk memperkenalkan album baru saya kepada dunia selain di sini,” Sheila Majid.

 
Pengumuman showcase itu telah dilakukan dalam satu sidang akhbar yang dihadiri oleh Sheila Majid dan juga Pengarah Eksekutif Belum Conservation, Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Dato Dr Abdul Rashid Malik. yang diadakan pada 16 Mac yang lalu.
 
Yayasan Pulau Banding adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan penyelidikan dan eko- pelancongan melalui pembangunan mampan ekosistem hutan hujan Kompleks Belum- Temengor Rainforest. Sebahagian daripada hasil yang diraih melalui showcase itu akan disalurkan kepada yayasan itu.
 

“Bilangan harimau di Malaysia telah menurun secara drastik dari 500 pada tahun 2003 kepada paras terendah kira-kira 250-340 pada tahun 2014. Pada 2015, harimau Malaysia telah diklasifikasikan semula daripada ‘sangat terancam’ kepada ‘terancam’ dalam IUCN Senarai Merah Spesies Terancam. Kami di Pemuliharaan Belum ingin melihat Belum-Temengor masih wujud bukan sahaja dalam hidup kita atau anak kita tetapi untuk generasi akan datang. Misi ini hanya akan berjaya apabila lebih ramai orang memahami kenapa alam sekitar perlu dilindungi- Bermula hari ini,”- Pengarah Eksekutif Belum Conservation, Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal

 
Sejak membua tdebut pada tahun 1985 dengan albumnya Dimensi Baru, nama Sheila Majid terus berkembang dalam industri nyanyian tanah air. Namanya bukan sahaja terkenal di Asia bahkan di seluruh dunia juga. Pada tahun 1990, Sheila Majid telah menjadi artis Malaysia pertama yang dapat masuk ke pasaran Jepun dengan albumnya Emosi dan Warna dan juga dengan single popularnya, Sinaran. Enam tahun kemudian, dia mencipta lagi sejarah dengan menjadi artis Malaysia pertama yang mengadakan pertunjukkan solo di West End, London, di Royalty Theatre. Pada Disember 1996, dia menerima jemputan untuk membuat persembahan di Ronnie Scotts, Mekah jazz dunia Muzik.
 
Showcase ini juga akan menjadikan Sheila Majid sebagai penyanyi pertama yang mengadakan showcase di dalam hutan hujan.
 
Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan yang unik dan menarik ini, anda boleh berbuat demikian dengan membeli pakej curates khas di Belum Rainforest Resort, bermula pada dua hari satu malam (termasuk penginapan, makanan dan minuman dan akses eksklusif untuk persembahan itu.)

 

Dari Kiri: Dato Sheila Majid dan Tuan Haji Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Belum Conservation.

Dari Kiri: Dato’ Hajah Fazwinna Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan Emkay, Dato Sheila Majid, Tuan Haji Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Belum Conservation dan Dato Rashid Abdul Malik, CEO Yayasan Pulau Banding.

Dari Kiri: Dato’ Hajah Fazwinna Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan Emkay, Dato Sheila Majid, Tuan Haji Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Belum Conservation dan Dato Rashid Abdul Malik, CEO Yayasan Pulau Banding.

Dari Kiri: Dato Rashid Abdul Malik, CEO Yayasan Pulau Banding, Dato’ Hajah Fazwinna Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan Emkay, Dato Sheila Majid dan Tuan Haji Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Belum Conservation.

, , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter