Sheila Rusly Hiasi Jelita Edisi Februari 2018

Aktres dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menghiasi sampul depan edisi Februari dengan perkongsian kisah hidupnya yang penuh warna-warni, semestinya menjadi inspirasi buat anda sebagai wanita yang mahu belajar meraih apa diingini dalam hidup.

Wanita yang boleh dianggap berjiwa besi dalam industri hiburan Malaysia ini bercerita mengenai sisinya yang lebih keibuan, mengenai hubungan dalam keluarganya dan kerjayanya yang sentiasa meraih perhatian. Malah, dia turut berkongsi pandangan mengenai hubungan istimewanya dengan aktres berbakat, Janna Nick. Adakah ada suatu di sebalik keakraban mereka?

Lari daripada tema cinta yang biasa, edisi ini mempamerkan tip dan panduan mengikut nasihat ibu dan nenek moyang terdahulu. Ketahui produk kecantikan menggunakan bahan alami yang selamat untuk kegunaan anda.

Pesona Gaya mempamerkan Gelora Gaya Klasik dengan item zaman 60-an diberikan nafas baru agar anda boleh sarungkan ke mana saja. Ketahui seleksi 30 haruman terbaik di pasaran mengikut mood dan ciri yang anda ingini. Bagaimana hendak kembalikan asmara di ranjang selepas selesai berpantang? Bahaya terkena diabetes sewaktu hamil dan cara kendalikannya.

Menangi juga hadiah hebat berupa produk kecantikan termasuk sabun badan Tanamera yang mengetengahkan kandungan alami. Dua sabun badan paling laris ditawarkannya iaitu Sabun Badan Formulasi Putih dan Sabun Badan Formulasi Perang. Selain itu, anda akan mendapatkan baucar Tanamera bernilai RM5, jadi bolehlah membeli-belah dengan gembiranya di rangkaian Tanamera di The Starling Mall, The Gardens, Central Market atau Langkawi Cenang Mall (tertakluk kepada terma & syarat).

Semua ini dan dan banyak lagi informasi bergaya berilmu terkini dalam edisi Februari!

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter