Puteri Mako Sanggup Hilang Status Untuk Berkahwin Dengan Rakyat Biasa

Puteri Mako yang juga salah seorang kerabat diraja Jepun sanggup untuk kehilangan status dirajanya dengan mengahwini rakyat biasa.
 

 
Puteri Mako yang berusia 25 tahun adalah cucu sulung kepada Maharaja Akihito dan dia bakal melangsungkan pertunangannya dengan seorang pekerja firma undang-undang, Kei Komuro, 25 tahun. Pasangan ini bertemu sewaktu mereka belajar bersama-sama.
 
Menurut undang-undang Imperial Jepun, seorang puteri harus meninggalkan keluarga diraja selepas dia berkahwin dengan rakyat biasa.
 
Puteri Mako dan Kei Komura pertama kali bertemu pada tahun 2012 ketika mereka sedang belajar di Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo.
 
Kei Komuro juga digelar sebagai “Prince of the Sea” ( Putera Lautan) dan tugasnya adalah  menggalakkan aktiviti pelancongan di Jepun.
 
Keluarga Diraja Jepun juga telah mengesahkan bahawa mereka sedang mempersiapkan rancangan untuk pertunangan Puteri Mako.
 

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter