Putera Harry Dan Meghan Markle Diberi Kebenaran Untuk Berkahwin

Walaupun Putera Harry dan Meghan Markle masih belum mengikat tali pertunangan, Putera Harry telah pun mendapat kebenaran untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu.
 

Gambar: TPGimage


 
Putera Harry dan Meghan Markle kini sedang cuba untuk meluangkan masa bersama di bandar masing-masing dan Markle telah tiba di London minggu ini untuk menghadiri majlis perkahwinan Pippa Middleton bersama Putera Harry pada hari Sabtu ini. Bahkan, Markle turut menghadiri perlawanan polo Putera Harry beberapa minggu yang lalu.
 
Namun, terdapat beberapa persoalanan sama ada pasangan Putera Harry dan Meghan Markle dibenarkan untuk berkahwin di Westminster Abbey seperti Permaisuri England bersama Putera Philip dan Putera William dan Kate Middleton, memandangkan Markle adalah seorang janda (Markle sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit Trevor Engelson pada tahun 2011-2013). Berkenaan itu, Westminster Abbey telah mengeluarkan kenyataan yang membenarkan pasangan itu berkahwin di situ.
 
Menurut jurucakap Westminster Abbey, The Abbey telah mengikut ketetapan General Synod tahun 2002. Sejak itu, The Abbey telah membenarkan individu yang bercerai untuk berkahwin di Gereja England. Selain itu, jurucakap itu turut mengesahkan bahawa hakikat bapa Markle adalah penganut Yahudi tidak akan menjadi penghalang untuk dia berkahwin di sana (Kerabat diraja dibenarkan untuk berkahwin dengan individu dari kepercayaan Yahudi, Budhha atau Islam namun mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan seseorang dengan kepercayaan Katolik dan masih ‘mengekalkan hak mewarisi takhta’ sehingga pindaan telah ditambah pada tahun 2015).
 
Pasangan ini bagaimanapun masih memerlukan untuk mendapatkan “lesen khas” untuk perkahwinan berikut dari Ketua Biskop Canterbury dan Putera Harry juga perlu mendapatkan kebenaran khusus dari neneknya iaitu Ratu England.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter