Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Tabiat Comel dalam Jelita Oktober 2017

Bagi yang merindukan khabar dan wajah wanita jelita ini, Puan Sri Normala Samsudin menghiasi sampul depan edisi Oktober 2017.

Normala yang menjadi antara pengacara tersohor dan dihormati sewaktu mengacarakan program berbentuk tv majalah iaitu Nona berkongsi kisahnya yang terkini. Walaupun dilamar beberapa majalah lain untuk tampil sebagai personaliti muka depan, tetapi Normala memilih Jelita dengan keizinan suaminya, Tan Sri Azmi Khalid (terima kasih yang amat!).

Anda boleh lihat betapa cantiknya wanita yang kekal sibuk dengan rutin harian sebagai isteri, ibu dan penyumbang aktiviti amal ini biarpun sudah lama tidak dipapar di media. Lebih menyeronokkan apabila dia bersetuju merakam video ala vlog bersama team Jelita.

Meletakkan bekas wartawan dan pengacara ini sememangnya tepat dengan tema edisi Oktober kerana ia adalah edisi kecantikan di mana Jelita menyediakan kupasan kejelitaan yang anda ingin ketahui. Selain itu, lebih 100 produk kecantikan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Seri Jelita 2017 terdiri daripada jenama lokal dan antarabangsa yang telah kami dan kumpulan pembaca terpilih adili.

Sempena bulan kesedaran barah payudara, Jelita turut permudahkan serapan ilmu mengenai penyakit maut digeruni semua wanita ini malah menyelitkan juga satu lagi barah yang mula menyerangi wanita iaitu kanser serviks.

Jangan lupa sertai team Jelita bersama BCWA dalam satu siri jelajah khas bagi membolehkan anda mendapatkan pemeriksaan payudara secara PERCUMA pada 7 Oktober ini.

Bagi meraikan wanita hebat, helaian Pesona Gaya tampil dengan kelainan dengan fesyen buat wanita bersaiz Ekstra Medium. Lihat sendiri bagaimana anda yang bertubuh gempal turut boleh tampil bergaya dan menarik perhatian.

Jika anda mahu dipuji awet muda, mudah saja. Ia perlu mula dengan diet seimbang dan pemakanan yang sihat. Justeru, Sajian Jelita mengetengahkan enam resipi lazat mampu meremajakan tubuh anda yang pasti anda mahu cuba amalkan dalam hidangan harian anda.

Jangan ketinggalan mendapatkan naskhah Jelita yang terkini bagi melengkapi koleksi semua majalah Jelita kesayangan anda semua. Kandungan ini dan banyak lagi dalam edisi Oktober 2017!

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter