Peminat Banjiri Stadium Merdeka Untuk Konsert Dato Sheila Majid

Tanggal 5 Ogos menjadi hari yang istimewa buat peminat setia Dato Sheila Majid kerana akhirnya dapat melihat penyanyi lagenda itu di Stadium Negara. Kali terakhir Dato Sheila Majid mengadakan konsert di Stadium Negara adalah pada tahun 1991. Konsert kali ini adalah kejutan istimewa buat peminatnya yang sudah lama menantikan kemunculannya.

Istimewa konsert kali ini, Dato Sheila Majid telah menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu single terbarunya, Boneka. Antara lagu yang menggamit memori adalah sinaran dan legenda. Selain itu, Dato Sheila Majid turut memberikan penghormatan kepada P.Ramlee dengan menyanyikan lagu medley P.Ramlee iaitu Aduh Sayang, Larut Malam dan Jelingan Manja.

Setiap alunan lagu yang didendangkan diiringi oleh barisan pemuzik yang diketuai oleh Mac Chew yang turut memainkan piano di konsert tersebut dan Stadium Merdeka turut dibanjiri dengan peminat setia Dato Sheila Majid yang sudah lama menantikan kemunculan semula penyanyi lagenda itu.

1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse
1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter