Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Bertemu Marcell!

Penyanyi sensasi Indonesia, Marcell secara rasmi mengumumkan konsert tunggalnya, ‘Once In a Lifetime’ yang bakal diadakan pada 23 September ini di KLCC Plenary Hall.

Frasa ‘Once In a Lifetime’ yang digunakan Marcell bukan sembarangan. Konsert ini adalah konsert tunggal pertama Marcell yang akan dibuatnya sekali dalam seumur hidup. Ia juga diadakan bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-40 dan juga sebagai suatu pencapaian luar biasa setelah 15 tahun berkarya di dalam dunia seni suara. Konsert ini hasil usaha Marcell dengan kerjasama Empire Live, VMC Music Indonesia dan Oleg Sanchabakhtiar daripada Planet Design Indonesia.

Marcell akan membawakan 40 judul lagu terbaiknya dengan balutan muzik hasil racikan Pengarah Muzik Rishanda Singgih. Dalam konsert yang bakal menjadi fenomena ini juga, Marcell akan berkolaborasi dengan beberapa pemuzik ternama dari dalam dan luar negeri, selain akan mempersembahkan 15 gimik istimewa.

“Konsert ini diadakan demi menzahirkan ucapan syukur atas ulang tahun saya yang ke-40, di samping meraikan usia karier saya yang sudah mencecah 15 tahun. Banyak rasa bercampur menjadi satu. Ada rasa senang, bahagia, berdebar dan pastinya semua ini adalah suatu yang sangat mengujakan. Pencapaian selama 15 tahun berserta usia 40 hanya akan terjadi sekali dalam seumur hidup,” ujar Marcell yang terlihat begitu gembira dengan pengumuman konsertnya ini.

Selain itu, konsert ‘Once In a Lifetime’ ini juga akan menyaksikan kemunculan penyanyi Malaysia iaitu Noh Salleh dan pemain saxophone iaitu Jimmy Sax.

Tiket konsert boleh anda dapatkan di:

http://www.goersapp.com

http://airasiaredtix.com

http://kiostix.com

http://tiket.com

Tiket hotline (telefon/whatsapp) Azlina (+60126771574) atau Ganjar (+6281280809118).

Boleh juga diperolehi di kaunter tiket di tiket box Plenary Hall pada 22 dan 23 September 2017.

Info lanjut: http://www.marcellklcc.com

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter