Organisasi Miss Universe Malaysia Dedahkan 18 Finalis Miss Universe Malaysia 2018

Semalam, Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) telah mendedahkan senarai 18 peserta akhir yang akan bertanding dalam Miss Universe Malaysia 2018 di Pavilion Kuala Lumpur berikutan satu siri uji bakat yang telah dijalankan di seluruh negera dalam mencari bakat yang berpotensi untuk mewakili Malaysia di peringkat dunia.

Menurut Datin Elaine Daly, Pengarah Kebangsaan Mumo, dia amat berbesar hati kerana diberikan peluang sekali lagi untuk membimbing dan membantu 18 peserta ini untuk berubah menjadi seorang wanita muda yang kuat, yakin dan sentiasa bersedia untuk menempuh sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mereka hadapi. Perjalanan untuk menjadi seorang Miss Universe Malaysia bukan mudah kerana ia memerlukan persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi.

Dalam pada itu Elaine turut mengumumkan Kimberley Leggett, Miss Universe 2012 sebagai hos dan memperkenalkan Zalora sebagai penaja utama untuk pertandingan berprestij ini.

18 peserta ini akan tinggal bersama di Rumah Mumo selama 12 hari untuk menjalani latihan termasuk latihan catwalk, dandanan, kecergasan, wawancara dan banyak lagi. Pertandingan ini akan menjadi lebih sukar dan hanya mereka yang paling kuat daripada segi fizikal dan minda sahaja yang mampu bertahan.

Perjalanan 18 peserta ini akan diperlihatkan dalam lebih daripada 20 episod siri realiti gaya hidup, Hurr. TV bermula Disember 2017 atau anda boleh menonton tujuh siri episod di saluran Diva secara eksklusif di Saluran Astro 702 dan DIVA HD saluran Astro 723.

Pertabalan Miss Universe Malaysia 2018 akan berlangsung pada 24 Januari 2018 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Pemenang Miss Universe 2018 akan berpeluang mengembara di luar negara untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe. Di samping itu, dia juga akan menerima hadiah wang tunai RM50,000, hadia tajaan bernilai lebih RM150,000 dan biasiswa pendidikan dari Universiti Help.

Untuk sebarang maklumat terkini mengenai Miss Universe Malaysia 2018, anda boleh layari Facebook, laman sesawang, Twitter, Instagram dan You Tube Miss Universe Malaysia 2018.

1 of 18

 

 

 

 

Alexis SueAnn, 22, Selangor

Hos TV, You Tuber

1 of 18

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter