Mr Bean Bakal Dapat Anak Lagi Pada Usia 62 Tahun

Pelakon, Rowan Atkinson atau lebih dikenali dengan watak Mr Bean dilaporkan bakal menjadi seorang ayah sekali lagi pada usia 62 tahun.
 

 
Atkinson yang juga ayah kepada dua pasang anak daripada perkahwinan pertamanya, bakal menimang cahaya mata ketiga bersama pelakon, Louise Ford yang berusia 33 tahun.
 
Nama Louise Ford mula mendapat perhatian ramai apabila dia membintangi sebuah drama komedi di Channel 4 yang bertajuk Crashing namun dia menjadi lebih terkenal apabila dia memainkan watak Kate Middleton dalam siri televisyen, The Windsors.
 

Gambar: telegraph.co.uk


 
Pasangan ini bertemu buat kali pertama ketika mereka membintangi drama teater yang bertajuk The Quatermaine’s Terms pada tahun 2013 di The Wyndham’s Theater di London.
 
Sebelum ini, Atkinson pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas jurusolek artis BBC, Sunetra Sastry, 55, selama 25 tahun. Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dengan anak lelaki, Ben yang kini berusia 23 tahun dan Lily, yang berusia 21 tahun.
 

 
Atkinson dan Sastry kemudian berpisah pada tahun 2013 sebelum Sastry memfailkan penceraian terhadap Atkinson atas alasan perbezaan yang tidak dapat dipertikaikan.
 
Atkinson dan teman wanitanya berpindah ke rumahnya yang bernilai 4.6 juta pound di Utara London pada tahun 2014 dan mengumumkan hubungan mereka kepada orang ramai.
 
Baru-baru ini, Ford yang sedang sarat mengandung telah dilihat sedang membeli-belah di London dan sumber mengatakan bayi itu akan dilahirkan sebelum akhir tahun ini.
 

Gambar: Dailymail.co.uk

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter