Liza Hanim Buka Lembaran Jelita 2018

Suara merdu Liza Hanim, penghias edisi sulung bagi 2018 ini sentiasa mendapat sorakan gemuruh sewaktu di pentas Gegar Vaganza yang lalu, lantas kisah hebatnya dikongsikan buat tatapan pembaca Jelita secara eksklusif.

Apakah rahsia dirinya kini nampak lebih menawan dengan susuk tubuh langsing? Bagaimana Liza membahagikan masa antara kerjayanya yang makin sibuk dan dengan kehendak keluarga dengan anak kian membesar? Apakah kenangan pahit manis sepanjang bergelar anak seni? Ini dan banyak lagi kisahnya yang terkini dalam ruangan Muka Depan.

Edisi yang meraikan kegembiraan sejati ini turut mengambil kira keselesaan bajet anda tahun ini dengan 60 produk cantik di bawah RM100 yang masih boleh berikan efek dan impak kejelitaan yang anda inginkan. Pada masa sama, ketahui barisan alat solek dan penjagaan wajah yang terkini untuk anda miliki, semuanya telah kami cuba terlebih dulu.

Cabar diri anda untuk perhebatkan solekan dan kami tunjukkan caranya dalam ruangan Pesona Solekan.

Selak halaman Pesona Gaya untuk seleksi kasut dan tas pilihan. Kisah turun naik di sebalik perniagaan jenama Nelissa Hilman serta empat cara bergaya menggunakan helaian asas – kemeja putih.

Fokus Jelita 2018 berkongsi cara bahagiakan diri, keluarga dan kewangan anda turut dikupas selain pelbagai hadiah hebat untuk menceriakan tahun baru anda. Selain dalam bentuk cetak anda boleh muat turun edisi terbaru ini, sekarang!

, , ,

Type keyword(s) and press Enter