Lisa Surihani Pilihan Jelita Edisi April 2018

 

Lama sungguh tidak mendengar khabar aktres jelita, Lisa Surihani yang kini amat bahagia dengan kehidupan sebagai isteri dan ibu dua anak. Jangan sangka dia hanya duduk diam dan menyepi diri saja, pelakon popular ini sebenarnya sedang begitu sibuk dengan kerja belakang tabir untuk beberapa projek mega termasuk Konsert Gergasi KRU 25 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi. Ketahui kisah terkini mengenai Lisa dalam edisi April ini.
Menyuntik kelainan dalam isi kandungan, tema Ritma Romantika mengetengahkan rencana untuk bakal pengantin yang akan menjejak ke alam perkahwinan. Daripada persiapan diri, ke inspirasi rias dan dandanan menawan juga fesyen busana pengantin luar kotak rekaan biasa. Cipta keunikan dengan resipi lauk pengantin menggiurkan selain idea lokasi bulan madu paling ideal. Ketahui juga senaman mudah untuk diamalkan supaya anda dapat pengedaran darah tubuh yang betul, barulah seri akan naik secara menyeluruh.
Tidak lama lagi, satu acara besar-besaran membabitkan rangkaian majalah berbahasa Melayu Blu Inc Media akan dilangsungkan. Ketahui selanjutnya dengan klik pautan ini.
Cuba menangi hadiah hebat bernilai lebih RM20,000. Semua ini dan banyak lagi dalam Jelita edisi April.
Jom saksikan sesi penggambaran paling laju dalam sejarah majalah Jelita! Solekan oleh Sahir Sabri, dandanan dilakukan CK Liow dan penggambaran di Lenswork Production dilakukan dalam masa dua jam setengah.
Arahan seni: Zulkifli Sulaiman & Yantie Basharudin
Penata gaya: Seri Azni
Teks & penyelaras: Fara Adilla
Arahan video: Nur Sofea
Juruvideo: Ahmad Fauzan

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter