Kedah Kehilangan Sultan Berjiwa Rakyat

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 2.30 petang tadi.

Pengumuman rasmi mengenai kemangkatan baginda akan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam satu sidang media khas di Wisma Darul Aman pada jam 6 petang ini.

Almarhum yang berusia 89 tahun dilahirkan pada 28 November 1927 dan baginda adalah Sultan Kedah yang ke-27. Tuanku adalah satu-satunya Raja Melayu yang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama selaku Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

Almarhum Sultan Abdul Halim telah mewarisi takhta Kedah pada Julai 1958 daripada ayahandanya dan telah ditabalkan pada Februari 1959.

Sembah Takziah kepada keluarga baginda. Al-fatihah.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter