Jelita Mac 2017 Raikan Wanita Hebat Bersama Tengku Azura Dan Deanna Yusoff


 
Jelita bulan ini mengangkat tema Raikan Wanita Hebat Dalam Hidup Anda sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa. Tengku Azura dan Deanna Yusoff dipilih menghiasi sampul hadapan di mana mereka turut berkongsikan pandangan mengenai kehebatan wanita dulu dan sekarang berdasarkan pengalaman. Apa projek terbaru, apa keutamaan sekarang, apa menjadi kegusaran dua jelitawan ini? Ada dalam ruangan Muka Depan. Galeri Cantik dan Fesyen turut membariskan barisan produk terbaru pra-musim Bunga dengan item terpilih berharga bawah RM100.
 
Jika anda sudah lama mahu memberikan sumbangan kebajikan tetapi tidak pasti saluran yang betul, apa kata sertai kempen Jelita Prihatin dengan kerjasama Happy Fresh di mana anda boleh menyumbang kepada keperluan insan kurang berupaya termasuk anak dan wanita dijangkiti HIV/Aids, remaja mangsa rogol hingga hamil anak luar nikah atau rumah orang tua berpenyakit kritikal. Jelita Prihatin turut membariskan wanita yang mengorbankan hidup mereka untuk insan berkenaan; apa yang buat mereka sanggup, apa yang buat mereka kasih, apa yang memberikan mereka motivasi setiap hari? Jelita sediakan dalam kupasan Fokus bulan ini.
 
Menambah keterujaan edisi kali ini, resipi untuk pesakit barah yang anda boleh sediakan jika ada keluarga atau teman yang menghidapnya. Kesemuanya disediakan oleh pesakit dan pakar nutrisi untuk rujukan anda. Selain itu, jangan lepaskan peluang memenangi pelbagai hadiah hebat yang keseluruhannya bernilai RM30,000 daripada Dermalogica, Bodytone, Sephora, Clinelle juga Kerastase. Dapatkan edisi Mac anda sekarang!

, , , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter