Jelita Jun 2017 Tampilkan Penyanyi Lagenda, Datuk Sheila Majid Dan Kongsi Resipi Biskut Raya Istimewa

 

Lama sudah tidak mendengar khabar biduanita jelita, Datuk Sheila Majid yang kini kian aktif dengan pelancaran album terbaru dan akan datang, konsertnya sebagai hadiah buat peminat. Jelita mengabdikan kehebatan diva tersohor ini pada sampul depan edisi Jun ini.

 

 

Lebih istimewa, Sajian Jelita dengan 30 resipi biskut dan kuih raya disertakan secara PERCUMA hanya untuk edisi Jun ini. Dengan langkah mudah serta boleh dibuat di bawah 45 minit, tidak perlu lagi mencari ‘kuih tunjuk’ untuk lebaran akan datang. Lengkap juga dengan tip dan panduan berguna daripada cara menghias kediaman hinggalah ke cara buat kuih tahan lama, seronok membaca tambah ilmu di dada.

 

Selak halaman kecantikan untuk ilham solekan segar buat anda mempersona di pagi Aidilfitri, juga idea penggayaan yang tidak memerlukan anda memakai baju kurung tradisional, hanya suai pada apa yang sedia ada dalam gerobok namun tetap tampil anggun.

 

Seronoknya hendak Raya kerana Jelita mahu berikan hadiah harian buat anda di web kami, jadi anda kena nantikan pengumumannya setiap hari sama ada di Facebook atau instagram Jelita.

 

Jangan lupa dapatkan edisi Jun yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa termasuk dua mesin jahit Brothers dan pelbagai hadiah hebat lain!

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter