Takdir Menemukan Kembali Ain Edruce Dan Miller Khan?

Takdir telah menyatukan kembali dua hati yang kecewa kerana cinta yang terputus lima tahun lalu. Namun, adakah kasih mereka akan bertaut semula?

Sinopsis Episod 1

Lima tahun Ardiansyah menetap di kota Jakarta bersama bapanya. Setelah puas dipujuk ibu, barulah dia pulang. Jauh sekali rajuknya. Sekembalinya Ardiansyah di Kuala Lumpur, dia segera ke kafe biasa dikunjunginya lima tahun lalu. Menikmati teh tarik di situ, jauh lebih enak. Lamunannya jauh melayang dan kenangan lama mengusik jiwa. Dia lantas pergi.

Melissa melangkah masuk dan duduk di meja biasa diduduknya. Dia terpandangkan segelas teh tarik yang ditinggalkan di situ. Lantas banyangan kisah lama menjelma. Tiba-tiba ada suara lelaki menegur. Oh, mungkin pemilik tempat ini sebelumnya. Oh, tertinggal kaca mata. Melissa menoleh terlihat lelaki yang sangat dikenalinya…

Bersambung….

Ikuti episod pertama Inspirasi Cinta di bawah. Untuk menonton episod penuh, layari laman sesawang, www.inspirasi-cinta.com

Sesuatu bakal menemui anda pada bermula 9 April ini di Pavilion, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Blu Inc Media Sdn Bhd. Seiring dengan itu, enam majalah Bahasa Melayu di bawah naungan Blu Inc Media iaitu, EH! Cosmopolitan, Glam Malaysia, Glam Lelaki, Glam Deko dan Majalah Jelita mempersembahkan drama mini khas yang menampilkan gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce. Mini siri ini mempunyai empat episod semuanya. Nantikan episod dua Inspirasi Cinta tidak lama lagi.

, , , , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter