Gaya Neelofa Ketika Menghadiri Victoria Secret Fashion Show 2017

Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret adalah salah satu pertunjukkan fesyen yang paling dinantikan oleh peminat fesyen. Pertunjukkan yang berlangsung pada 20 November itu telah diadakan di China buat kali pertama dan julung kali ia diadakan di luar Amerika Syarikat dan Eropah.

Pertunjukan fesyen itu turut dihadiri oleh beberapa selebriti ternama dan Neelofa telah menjadi selebriti Malaysia pertama yang telah dijemput untuk menghadiri pertunjukan fesyen tersebut sebagai duta telefon pintar Oppo. Neelofa turut berkongsi keterujaannya dan suasana pertunjukkan fesyen itu di akaun Instagram miliknya.

Neelofa tampil anggun dengan mengenakan gaun hitam dengan gaya tudung yang berbeza daripada biasa. Semasa pertunjukkan fesyen tersebut, Neelofa telah mengambil banyak gambar yang cantik bersama model terkenal Victoria’s Secret dengan telefon Oppo F5 6GB rona merah. Selain itu, Neelofa turut berkongsi rutinnya di Shanghai dengan menggunakan telefon Oppo terbaru itu.

Telefon pintar Oppo F5 6GB bakal menemui peminat jenamatelefon pintar tersebut pada 6 Disember ini.Tempahan awal akan dibuka pada 6 Disember 2017  pada jam 12.30 malam. Menariknya, 1000 pengguna pertama yang memesan telefon pintar terbaru ini di laman sesawang Oppo bakal menerima hadiah misteri!

1 of 9

1 of 9

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter