Gambar Di Sekitar Majlis Pernikahan Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella akhirnya selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Engku Emran pada 8 September 2017 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu pada jam 6.57 petang. Bella kelihatan cantik dalam persalinan berwarna putih sementara Engku Emran kelihatan segak bergaya dalam persalinan baju Melayu tradisional sedondon warna. Kelihatan anak perempuan Engku Emran, Engku Aleesya, hasil perkahwinan dengan aktres Erra Fazira, turut menggayakan busana yang senada dengan Bella. Engku Emran telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Bella.

Majlis perkahwinan ini turut dihadiri oleh tetamu dari keluarga dan teman terdekat dari kedua belah pihak. Beberapa selebriti Indonesia turut terbang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan penyatuan antara Bella dan Engku Emran. Antara selebriti yang hadir adalah, Zaskia Sungkar, Shireen Sungkar, Julie Estelle, Melly Goeslaw serta Whulandari Herman. Turut hadir ke majlis itu adalah pelakon terkenal Malaysia, Nora Danish. Ini adalah perkahwinan kedua Engku Emran. Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Erra dan mereka dikurniakan seorang anak.  Jelita kongsikan gambar di sekitar majlis perkahwinan Laudya Cynthia Bella dengan Engku Emran.

1 of 15

1 of 15

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter