[Foto & Video] 5 Sebab Anda Mesti Tonton ‘The Battleship Island’

Ketibaan bintang ternama Korea; Hwang Jung-min, So Ji-sub dan Song Joong-Ki bersama pengarah filem The Battleship Island, Ryoo Seung-wan berjaya menambat hati ribuan rakyat Malaysia untuk menonton filem berkenaan bermula 17 Ogos nanti.

Baru-baru ini oppas penyeri filem The Battleship Island telah turun padang untuk mempromosikan filem tersebut. Penampilan bintang pujaan The Battleship Island yang sangat dinanti-nantikan itu bermula di Pintu Utama Pavilion Kuala Lumpur pada 9 Ogos yang lalu, diikuti dengan sidang media pada keesokan harinya yang bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Saksikan kemeriahannya yang sempat Jelita rakam di sini:

Sinopsis ringkas: Semasa era kolonial Jepun, tiga lelaki memberanikan diri untuk lari dari kem buruh paksa di Battleship Island, sambil memimpin 400 tahanan Korea. Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di pulau Hashima. Pulau tersebut sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut dan pusat pelacuran untuk tentera.

Berikut pula adalah 5 sebab utama kenapa anda mesti tonton The Battleship Island yang bakal menjadi filem epik tahun ini:

  1. Filem ini membariskan pelakon Korea yang kacak lagi serba hebat sebagai teraju utama, iaitu Hwang Jung-min, So Ji-sub dan Song Joong-Ki.
  2. Berdasarkan peristiwa sejarah yang benar, pengarah The Battleship Island membawa penonton masuk ke era zaman perang Jepun, di mana penduduk Korea ditindas dengan begitu terperinci.
  3. Banyak permainan emosi yang ditonjolkan watak utama dan juga sampingan bagi membolehkan penonton merasai trauma dan keberanian mereka.
  4. Penonton boleh menyaksikan aksi berlawan yang sangat hebat dan tampak profesional daripada karakter utama lakonan So Ji-sub.
  5. Pelakon juga sanggup menurunkan berat badan bagi menjayakan karakter mereka dalam filem ini.

The Battleship Island diedarkan oleh GSC Movies dan Clover Films di Malaysia, dengan kerjasama King Kong Media Productions dan The Number 8 Yard. The Battleship Island Star Tour dibawakan oleh tvN Movies dengan usaha sama daripada MY FM dan Melody FM; tvN; Golden Screen Cinemas; The Majestic Hotel Kuala Lumpur dan Pavilion Kuala Lumpur.

1 of 6

1 of 6

, , , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter