Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Nikah Tahun Depan

Pada Jumaat lalu, pelakon, Elfira Loy telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi, Sufian Suhaimi dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Elfira.

Sufian berkata, dia menyatakan hasrat hatinya untuk merisik Elfira bersama keluarganya dan mengambil keputusan untuk lebih serius dalam hubungan dengan menetapkan tarikh pertunangan pada Jun lalu.

“Pertemuan pertama dengan Elfira tidak memberikan apa-apa petanda yang kami akhirnya akan kenal lebih rapat. Kami seterusnya jadi rapat apabila ramai mula memperkatakan mengenai kami. Dipendekkan cerita, saya telah menghadiahkan Elfira 23 kuntum bunga ros sebagai simbolik angka usia 23 tahun sewaktu hari lahir Elfira dan kemudiannya dia pula membuat kejutan pada ulang tahun kelahiran saya yang ke-25 , Mei lalu dengan mengajak menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir di Seremban,” – Sufian Suhaimi.

Pasangan ini juga turut menceritakan bagaimana mereka mengatasi dugaan dalam hubungan mereka.

“Biarpun pendek saja jangka masa perkenalan kami, ia tetap diuji. Jadi, bila ada saja yang tidak kena, kami memang perlu berkomunikasi. Komunikasi itu penting dan kami kena saling jujur. Apa yang tidak kena, kita perjelaskan secara berdepan. Sebagai contoh, isu Bigo tempoh hari, dia terus menghubungi saya dan Mama untuk memaklumkan keadaan sebenar. Ketika isu itu sedang panas, saya memilih untuk tidur dan tidak mahu menggelabah. Pada masa sama, saya berharap apabila saya bangun keesokan harinya akan ada penjelasannya. Jadi, saya tidak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap yang lebih baik,”- Elfira Loy.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, pasangan ini memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac tahun hadapan sempena ulang tahun Elfira yang bakal menganjak 24 tahun.

Menurut Elfira, dia inginkan majlis perkahwinan yang kecil, cantik, teratur, tetamu menepati masa dan segala dekorasi memenuhi cita rasa. Pasangan ini bercadang untuk mengadakan tiga majlis sahaja iaitu majlis nikah dan diikuti dengan dua majlis resepsi.

Menurut pasangan ini lagi, perkahwinan bukanlah titik penamat untuk kerjaya mereka. Mereka akan tetap meneruskan kerjaya dan akan terus berusaha keras untuk masa mendatang termasuklah selepas mendirikan rumah tangga.

1 of 9

 

1 of 9

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter