Datuk Jalaluddin Hassan Kahwin Lagi Selepas Setahun Menduda

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan kini sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani dalam sebuah majlis pernikahan yang telah diadakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn pada pagi Ahad semalam.
 

Gambar: Astro


 
Pasangan itu dinikahkan oleh abang kepada pengantin perempuan, Lokman Abd Ghani dengan mas kahwin sebanyak RM300 dan majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh bapa kepada Datuk Jalaluddin Hassan, Tan Sri Hassan Azhari.
 
Pasangan pengantin baru itu telah berkenalan selama empat bulan menerusi laman sosial Facebook. Rapidah yang juga ibu tunggal telah menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran.
 
Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang merangkumi ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai. Turut hadir memeriahkan majlis adalah rakan artis seperti Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.
 
Pasangan itu kemudiannya diraikan di majlis ringkas yang diadakan di perkarangan masjid. Datuk Jalaluddin Hassan telah menduda selama setahun selepas kematian isteri, Datin Hashimah Aksan pada 5 November tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 40 tahun.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter