Datin Maria Arshad Hiasi Jelita September 2017

Bagi yang merindui wajahnya, Datin Maria Arshad kini menghiasi sampul depan edisi September yang membawa tema Raikan Usia Anda.


 
Baca selanjutnya kisah bekas aktres popular yang terkini dan paling utama adalah rahsia dia masih nampak sihat dan muda daripada umurnya – dia kongsikan enam cara untuk kekalkan awet muda. Apakah pula rahsia perkahwinannya sehingga dia memberitahu, wanita tidak perlu terlalu sensitif? Tahukah apa senaman yang Maria cukup gemar amalkan, membolehkannya tampak sentiasa langsing? Semua ini ada dalam ruangan Muka Depan dalam edisi ini.
 
Selain tip daripada Maria, Jelita turut mengajukan soalan kepada pakar kecantikan mengenai cara betul menjaga kesihatan wajah, tubuh malah mahkota agar anda boleh melewatkan tanda penuaan. Ketahui juga produk cantik berharga mesra poket, hanya di bawah RM100 saja. Tidak perlu melabur besar untuk memenuhi kehendak sebagai pencinta produk kecantikan. Jom belajar teknik mengoles gincu bagi menampakkan efek bibir mungil cantik! Selain itu, belajar ilmu solekan untuk masa dua minit, empat minit, enam minit dan 10 minit mengikut acara yang anda ingin hadiri.
 
Apakah cara betul mengenakan ropol dalam pemakaian harian anda? Pasangan pereka terkenal, Fiziwoo berikan panduan berguna untuk anda cuba dengan helaian ropol pilihan. Jangan hadkan penggayaan baju-T dengan mengikuti panduan Tutorial Gaya  menampilkan empat persalinan yang anda boleh cuba. Bagi sang ibu yang berjiwa ranggi, boleh cuba tip bergaya secara versatil dengan seleksi terbaru di pasaran dalam ruangan Pesona Gaya.
 
Fokus bulan ini menyorot rahsia awet muda daripada semua segi termasuk cara memudakan hubungan suami isteri. Siapakah selebriti sentiasa tampak belia dan apakah rahsia mereka? Dalam ruangan Gelagat Anak, penulis kami mengupas isu anak lambat bercakap – adakah ianya hanya sekadar igauan atau ada sesuatu di sebaliknya? Apakah adab yang betul bila berdepan kematian, berapa lama perlu berkabung? Itu yang kami ketengahkan dalam ruangan Santapan Jiwa kali ini.
 
Jangan ketinggalan memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM25,000 dalam laman Promosi ya…

, , ,

Type keyword(s) and press Enter