Kelakuan Putera William Undang Kecewa Buat Kate Middleton

Tiada satu pun pasangan suami isteri yang dapat lari dari krisis rumah tangga dan itu termasuklah pasangan Di Raja kesayangan ramai, Putera William dan Kate Middleton.
 

 
Putera William dilaporkan telah menghabiskan hujung minggunya di sebuah resort ski eksklusif di Switzerland bersama temannya. Ikutan dari  hal itu, video yang menampilkan putera dari England itu telah menjadi viral apabila netizen berasa kagum dengan kelakuan putera itu yang jarang diperlihatkan ketika putera itu di khyalak ramai.
 
Tidak hanya sampai di situ, sebuah lagi video telah menjadi viral di laman sesawang dan video itu menampilkan Putera William sedang berbual dengan seorang wanita dan kelihatan tangan putera itu diletakkan di pinggang wanita yang tidak dikenali itu.
 

Gambar: TPGimage


 
Dan itu telah mengundang kekecewaan kepada Duchess Kate Middleton. Vanity Fair telah melaporkan mengikut sumber daripada Royal Watch bahawa Kate berasa amat kecewa dengan gelagat Putera William itu.
 
Kekecewaan itu bukan sahaja dirasai oleh Kate tetapi kepada semua rakyat di England kerana Putera William memilih untuk bercuti bersama rakannya dari menghadiri Hari Commonwealth yang dianggap sebagai hari penting untuk kerabat di raja itu bahkan tugasnya diambil alih oleh adiknya, Putera Harry.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter