Afifah Nasir Akhirnya Bersuara, Bersalah Kerana Izinkan Aliff Aziz Pegang Tangan

Kes yang melibatkan Aliff Aziz dan Afifah Nasir telah menjadi isu hangat apabila dua pelakon ini dikatakan keluar berdua ke pusat karaoke sehinggakan Aliff Aziz ditahan pihak polis kerana dikatakan telah mengasari isterinya, Bella yang masih di dalam pantang.

Keterangan Aliff Aziz

Baru-baru ini juga, Aliff dan Bella telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku dan Aliff mengaku dia sememangnya telah pergi ke pusat karaoke bersama Afifah berdua dan dia juga telah meminta maaf kepada Bella dan keluarganya atas tindakannya itu. Aliff juga memohon Afifah untuk mengakui kesalahan dan tidak berdolak-dalik tentang hal ini.

Gambar: Instagram Afifah Nasir

Selepas Dua Minggu Berdiam Diri

Selepas dua minggu mendiamkan diri, Afifah tampil untuk memberikan keterangan dari pihaknya. Hari ini, Afifah Nasir telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan apa yang berlaku pada hari tersebut. Menurut Afifah, dia bertindak mendiamkan diri kerana dia tidak mahu kes ini berlarutan dan dia juga mengikuti nasihat peguamnya yang memintanya untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Namun setelah dikecam oleh netizen dan juga memikirkan soal penggambaran yang belum selesai, Afifah akhirnya mengeluarkan kenyataan pada hari ini.

Minta Maaf Kerana Izinkan Aliff Aziz Pegang Tangan

Dalam sidang media tersebut, Afifah mengakui kesalahannya yang telah membenarkan Aliff untuk memegang tangannya pada hari kejadian tersebut. Menurut Afifah dalam satu temubual bersama media tempatan, Afifah mendakwa dia telah dianiaya dan turut mendakwa dia mempunyai bukti yang menyokong dakwaannya. Tambah Afifah lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Aliff dan dia amat menyayangi teman lelakinya.

“Saya ada banyak bukti termasuklah bukti perbualan tetapi sejujurnya saya tidak mahu keluarkan bukti tersebut kerana tidak mahu keruhkan keadaan selain membuka aib sesiapa. Saya akui kesilapan saya membenarkan si dia (Aliff Azizz) memegang tangan saya, dengan itu saya ingin meminta maaf,”- Afifah Nasir

Harap Kes Ini Tidak Dipanjangkan Lagi

Apabila ditanya sama ada dia akan memaafkan Bella Astillah, Afifah menjawab dia faham akan keadaan isteri Aliff yang masih di dalam pantang dan sama sekali tidak bersalah dalam hal ini. Dia memohon maaf di atas apa yang berlaku dan tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi kerana dia dan Aliff masih mempunyai penggambaran yang perlu diselesaikan.

Sumber: BH Online

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter