10 Filem Yang Membuat Pelakon Jatuh Cinta Di Set Penggambaran

Kekuatan filem romantik terletak pada keserasian dua pelakon utama. Pastinya anda akan menjadi lebih seronok untuk menonton filem tersebut sekiranya dua pelakon utama itu dapat melakonkan watak yang dibawa sehingga ia nampak seperti mereka benar sedang menjalinkan hubungan cinta. Tahukah ada di antara selebriti ternama yang telah menjalinkan hubungan selepas menjalani penggambaran filem tersebut?

Jelita senaraikan 10 filem yang telah membuatkan pelakonnya jatuh cinta di set penggambaran.

1 of 10

Gigli (2003)

Menurut plot filem tersebut, Ricki (Jennifer Lopez) yang juga seorang pembunuh dan juga membenci lelaki telah bertemu seorang lelaki berkarisma  bernama Larry (Ben Affleck). Sejak bertemu Larry, kehidupan wanita muda itu mula dipenuhi dengan warna. Dua pelakon berbakat ini  bertemu di set penggambaran dan seperti watak mereka, dua pelakon ini mula menjalinkan hubungan di set penggambaran dan pernah mengikat tali pertunangan namun terputus di tengah jalan.

1 of 10

Gigli (2003)

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter