Tip Berkaitan Bawang

Meninggalkan aroma enak apabila ditumis dengan minyak, bawang memainkan peranan penting dalam tugasan memasak.

Bawang menjadi tulang belakang dalam hampir semua hidangan. Adalah sangat penting untuk anda bijak memilih bawang yang baik untuk setiap masakan yanag ingin anda sediakan. Berikut adalah sedikit tip mengenai bawang – bagaimana untuk memilih yang terbaik, di mana perlu disimpan dan juga cara terbaik untuk memotong bawang.

Pemilihan bawang

Pilih bawang yang berat dan pejal apabila disentuh. Hal ini menandakan bahawa bawang itu segar dan berada dalam keadaan yang baik. Pastikan juga kulitnya berkilat dan kering. Jika bawang berkenaan lembut dan mengeluarkan bau yang kuat, itu bermakna bawang berkenaan tidak akan memberikan rasa yang enak apabila dimasak kelak.

Penyimpanan

Bawang yang sudah dibeli dan belum dikupas boleh disimpan dalam keadaan baik sehingga jangka masa dua minggu atau lebih di dalam kawasan sejuk dan gelap. Jangan simpan ia bersebelahan dengan ubi kentang kerana gas yang dikeluarkan bakal merosakkan bawang. Bawang yang sudah dikupas dan dipotong pula harus dimasukkan ke dalam plastik dan di simpan di dalam peti sejuk. Gunakan ia dalam tempoh satu ke dua hari sahaja.

Langkah Penyediaan

Untuk mengelakkan mata pedih dan berair ketika memotong bawang, cuba potong di bawah air mengalir. Anda juga boleh sejukkan dahulu bawang selama satu jam sebelum dipotong.

Untuk mengelakkan bau bawang daripada melekat pada tangan anda, gosok tangan dengan jus lemon atau cuka. Kemudian, cuci bersih dengan air.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter