[Sajian Jelita] Siakap Kerabu Manga dan Delima

Makanan gabungan elemen barat-tempatan yang mudah disediakan untuk anda dan keluarga tercinta.

Siakap Kerabu Manga dan Delima

Bahan-bahan:

1 filet siakap
Kerabu manga delima
Sos plum
Madu
Lemon, diambil jus
Minyak masak
Garam dan lada hitam

Bahan kerabu mangga delima:
100g manga kuning masam manis
3 bawang kecil
½ bunga kantan
1 serai
2 cili padi merah
½ buah delima merah
Gula
Garam dan lada hitam

Cara Membuatnya:

  1. Perasakan filet siakap dengan garam dan lada hitam. Kemudian panggang di atas kuali hingga masak dan beraroma.
  2. Gaulkan kesemua bahan kerabu.
  3. Panaskan sos plum bersama madu dan jus lemon. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan mengikut cita rasa.
  4. Tuangkan sos di atas pinggan dan letakkan siakap panggang tadi.
  5. Letakkan pula kerabu di atas siakap.
  6. Hiaskan dengan daun segar.

Resipi: Chef Don

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter