Resipi Ayam Goreng Mentega Bersusu

Ayam Goreng Mentega Bersusu

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
1 ayam, dipotong 12
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
2 telur

Bahan B
3 sudu besar mentega
1 tin susu sejat
1 bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dihiris
10 tangkai daun kari, dibuang tangkai
2 cili merah, dihiris

Cara Membuatnya:
Bahan A
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu.
2. Dalam bekas berlainan, satukan tepung gandum, tepung beras, lada hitam, lada sulah dan garam.
3. Dalam bekas yang lain pula, pukul telur hingga kembang.
4. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian lumurkan dengan tepung yang telah dicampurkan. Susun di atas dulang.
5. Panaskan minyak. Goreng hingga ayam bertukar menjadi kuning keemasan atau hingga ayam masak.
6. Angkat dan tapiskan.

Bahan B (Penyediaan Keseluruhan)
1. Cairkan mentega di dalam kuali. Apabila mentega separa cair, tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan susu sejat dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
3. Kemudian masukkan cili merah dan tunggu hingga susu menggelegak dan padamkan api.
4. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan supaya kuah menjadi pekat.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter