Resipi Salad Labu dengan Naan Croutons

Makanan ringkas dan mengenyangkan pastinya menggembirakan jika dapat dinikmati sentiasa, lebih-lebih lagi ia sesuai dengan bajet diperuntukkan setiap hari.

Salad Labu dengan Naan Croutons

Bahan-bahan:

ΒΌ labu, dipotong kiub
1 genggam biji labu, dipanggang
2 sudu besar keju feta
Salad campuran
1 sudu besar dan 2 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu besar cuka balsamic
Garam dan lada
1 Mission Plain Naan

Cara Membuatnya:

  1. Gaulkan labu dengan minyak zaitun serta garam dan lada.
  2. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit hingga lembut.
  3. Potong Mission Plain Naan kepada segi empat kecil dan gaulkan dengan minyak zaitun.
  4. Bakar naan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 10 minit sehingga ia bertukar keperangan dan rangup.
  5. Masukkan labu yang telah dibakar ke dalam salad campuran.
  6. Kemudian masukkan biji labu.
  7. Letakkan pula keju feta ke atas, diikuti dengan cuka balsamic dan minyak zaitun.
  8. Gaul campuran salad dan akhir sekali, masukkan Mission Plain Naan croutons.

Resipi & foto: Mission Foods

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter