Resipi Roti Pita Kari Tempe

Makanan ringkas dan mengenyangkan pastinya menggembirakan jika dapat dinikmati sentiasa, lebih-lebih lagi ia sesuai dengan bajet diperuntukkan setiap hari. Apa kata cuba resipi makanan menyihatkan daripada Mission Foods ini!

Roti Pita Kari Tempe

Bahan-bahan:

1 tempe
3 sudu besar yogurt greek
1 sudu kecil halia, dikisar
1 sudu kecil bawang putih, dikisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
4 tomato ceri, dipotong dua
¼ timun, dicencang
¼ bawang, dicencang
1 genggam daun ketumbar, dicencang
Garam dan lada
Minyak zaitun
1 Mission Wholemeal Pita

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan yogurt, halia, bawang putih, serbuk kari, garam dan lada menjadi pes.
  2. Salutkan tempe dengan pes dan perap selama 20 minit.
  3. Gaulkan tomato ceri dengan minyak zaitun dan garam.
  4. Bakar tempe dan tomato ceri di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit sehingga tomato berkaramel.
  5. Satukan timun, bawang, ketumbar bersama yogurt dan perasakan dengan garam dan lada.
  6. Isikan Mission Wholemeal Pita dengan dressing yogurt, tempe dan tomato ceri tadi.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter