Sajian Jelita: Air Kelapa dengan Buah Kiwi

Air kelapa saja sudah cukup menyegarkan, bayangkan jika ditambah dengan kurma dan buah kiwi. Sungguh lazat!

Sama ada untuk dihidangkan sewaktu berbuka puasa atau bila ada tetamu yang berkunjung, sukar disangkalkan akan khasiat buahan seperti kiwi, kurma dan kelapa dihimpunkan pula dalam satu minuman yang cukup enak.

Tahukah anda yang Zespri SunGold Kiwifruit mengandung tiga kali ganda vitamin C berbanding oren? Kiwi yang lazati ini turut mengandungi beberapa nutrien dan antioksidan lain yang memberi manfaat kepada sistem imunisasi tubuh, termasuk vitamin E, karotenoid, polifenol dan banyak lagi!

Hanya satu buah kiwi Zespri SunGold sudah memadai untuk memenuhi 100 peratus keperluan vitamin C harian anda. Justeru, apa kata cuba resipi air kelapa + kurma + kiwi yang berikut. Selain itu, kami turut kongsikan resipi rendang ayam dan dabu-dabu ikan menggunakan kiwi khas untuk anda.

 

Air kelapa dengan buah kiwi

 

Untuk 2 – 3 hidangan
Masa penyediaan: 10 minit

 

4 sudu besar madu

2 Buah Kiwi SunGold Zespri, dipotong dadu

2 kelapa muda, air dengan isinya, dihiris

8 kurma, dihiris

2 cawans kiub ais

 

Cara Menyediakan

  1. Masukkan madu, Buah Kiwi SunGold Zespri, air kelapa dan isinya ke dalam jag. Kacau.
  2. Seterusnya, masukkan kurma dan kiub ais. Hidangkan.

Masukkan madu ke dalam jag.

Kemudian, potongan buah kiwi kegemaran anda.

Campurkan kurma dan ais. Hidangkan.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter