Resipi Mudah: Roti Pita Kari Ayam

Juadah kegemaran ramai yang cukup mudah untuk disediakan.

Roti Pita Kari Ayam

Bahan-bahan:

1 dada ayam, dipotong kiub
1 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu kecil halia kisar
1 sudu kecil bawang putih, dikisar
3 sudu besar yogurt greek
4 tomato ceri, dipotong dua
¼ timun, dicencang
¼ bawang, dicencang
1 genggam daun ketumbar, dicencang
Garam dan lada
Minyak zaitun
1 Mission Wholemeal Pita

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan halia, bawang putih, serbuk kari, yogurt, garam dan lada untuk menjadi satu pes.
  2. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
  3. Letakkan ayam ke dalam dulang pembakar.
  4. Tambahkan tomato ceri ke dalam dulang dan campurkan dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
  5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit sehingga tomato ceri berkaramel dan ayam masak.
  6. Campurkan timun, bawang, ketumbar dan yogurt. Perasakan dengan garam dan lada.
  7. Potong separuh Mission Wholemeal Pita dan masukkan ayam, tomato dan dressing yogurt.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter