Resipi Kek Red Velvet

Kemanisan coklat kek Red Velvet mengujakan selera ramai. Jom cuba resipi mudah ini.

Kek Red Velvet

red velvet

Bahan-bahan:

2 cawan gula
2 ketul mentega, pada suhu bilik
2 telur
2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar pewarna merah
2½ cawan tepung kek, diayak
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega
1 sudu besar esen vanila
½ sudu kecil soda penaik
1 sudu besar cuka

Cara Membuatnya:

  1. Pukul gula dan mentega di dalam mangkuk adunan sehingga ringan dan kembang.
  2. Masukkan telur satu demi satu dan gaul rata. Masukkan koko bersama pewarna.
  3. Masukkan adunan mentega dan gaul rata.
  4. Ayak tepung bersama garam dan masukkan ke dalam adunan mentega.
  5. Campur esen vanila, soda penaik dan cuka di dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam tin bakar 20 cm (8 inci) dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga kek masak.
  7. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Apabila kek keras, potong dua atau tiga lapis.

Bahan Aising:

1 bungkus keju krim
1 ketul mentega, dilembutkan
1 cawan marshmallow cair
440g gula confectioners
1 cawan kelapa parut
1 cawan kacang pekan, dicencang

Cara Membuatnya:

  1. Kisar keju krim dan mentega bersama-sama di dalam mangkuk.
  2. Masukkan marshmallow dan gula, kisar.
  3. Kemudian masukkan kelapa dan kacang.
  4. Sapu aising pada setiap lapisan kek dan pada seluruh kek.
  5. Sedia untuk dihidang.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter