Resipi Ikan Bersalut Tortilla dan Herba

Ikan Bersalut Tortilla dan Herba

Bahan-bahan:

1 filet ikan
1 lemon, diambil kulit
1 sudu besar pasli, dicencang
1 sudu besar keju parmesan, diparut
¼ cawan tepung
1 telur, dipukul
6 asparagus
Garam dan lada
½ cawan Original Flavoured Tortilla Chips

Cara Membuatnya:

  1. Kisar Original Flavoured Tortilla Chips.
  2. Kemudian tambahkan kulit lemon, pasli, keju parmesan, garam dan lada.
  3. Salutkan filet ikan dengan tepung dan celup ke dalam telur.
  4. Kemudian salutkan telur dengan campuran tortilla chips hancur tadi.
  5. Bakar ikan selama 15 ke 20 minit pada suhu 170 darjah Celsius, hingga ikan rangup di luar.
  6. Goreng kilas asparagus dengan minyak zaitun dan garam.
  7. Hidangkan ikan yang telah siap dimasak dengan asparagus.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter