Resipi Ayam Mentega Ala India

ing_40492_18220

Gambar: INGimage

Saiz Hidangan: 4

Tempoh Penyediaan: 19 minit

Hidangan: Boleh dihidangkan bersama nasi atau roti naan

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu minyak kacang, minyak kelapa atau minyak sapi
  • 2 pound ayam filet bahagian paha yang sudah dibuang lemak berlebihan dan dipotong kecil.
  • 1/4 cawan mentega atau minyak sapi
  • 2 sudu teh garam masala
  • 2 sudu teh paprika manis
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu halia dicincang halus
  • 1/4 sudu teh serbuk cili
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga dihancurkan
  • 15 auns sos tomato (tin)
  • 1 1/2 sudu gula atau madu/sirap maple/gula kelapa
  • 1/2 yogurt
  • 3/4 krim
  • 1 sudu jus lemon
  • garam
  • Ketumbar dicincang halus, untuk hiasan

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan kuali. Tambahkan satu sudu besar minyak dan ratakan minyak di seluruh permukaan kuali. Tambahkan separuh ayam dan tumis selama empat minit atau sehingga ayam bertukar perang. Alihkan ayam yang sudah dimasak dan tambahkan lagi satu sudu besar minyak dan goreng baki ayam sehingga perang. Alihkan dan buang minyak yang berlebihan.
  2. Perlahankan api kepada tahap sederhana rendah. Tambahkan mentega ke dalam kuali dan biarkan ia cair. Kemudian, tambahkan garam masala, paprika manis, ketumbar, halia, serbuk cili, kayu manis dan buah pelaga. Goreng semua bahan selama satu minit sehingga naik bau. Masukkan ayam ke dalam kuali dan kacau rata.
  3. Tambahkan sos tomato dan gula/pemanis. Kacau dan renehkan selama 15 minit atau sehingga ayam lembut atau sos menjadi pekat.
  4. Tambahkan yogurt, krim dan jus lemon dan reneh selama lima minit atau sehingga sos pekat sedikit. Tambah garam secukup rasa. Hidangkan dengan nasi atau naan segar dan taburkan daun ketumbar segar yang telah dicincang.

Resipi: 40 Aprons

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter