Rasai Masakan Moden Yang Menakjubkan di The Olive

Bermula Julai ini, restoran terkemuka, The Olive akan membuat perubahan pada menunya dengan menampilkan menu yang lebih moden dan pastinya ia akan menjadi salah satu ciri utama untuk Genting World Resorts.
 

Chef Steven Chou


 
Dari 1 Julai sehingga 30 September 2017, Chef de Cuisine Steven Chous akan memperkenalkan dua set makan malam eksklusif  di mana dia memperkenalkan menu yang lebih kotemporari. Setiap set makan malam ditetapkan dengan harga RM188.00 nett setiap tetamu dan tiga set jamuan makan malam pula ditetapkan pada harga RM228.00 nett setiap tetamu.
 

 
Penulis Jelita berkesempatan untuk mencuba menu terbaru daripada The Olive. Pada mulanya, kami dihidangkan dengan hidangan signatur restoran tersebut iaitu roti buatan sendiri yang diadun bersama mentega dan buah zaitun.
 

 

Set Kecil: Scampi, Local Pineapple, Cajun Spice, Mango Hollandaise


 
Kemudian kami, dihidangkan dengan hidangan set kecil iaitu kekapis yang dimasak dengan sos nenas, rempah cajun dan mangga. Kekapis telah dimasak dengan sempurna dan ia tidak terlalu lembut atau terlalu liat. Chef Chou telah menggunakan nenas dari Malaysia untuk menyediakan hidangan yang lazat ini. Gabungan nenas, rempah cajun dan mangga di dalam sos ini telah memberikan rasa pedas dan masam dalam masa yang sama.
 

 

Set Besar: Butter Basted Sea Bass, Mandarin Orange, Fine Herbs, Asparagus


 
Untuk hidangan utama pula, kami diminta untuk memilih dua menu daripada set besar sama ada masakan daging atau makanan laut. Kami telah memilih set butter basted Sea Bass. Hidangan bass laut ini dimasak sempurna dengan sos oren mandarin, herba dan juga asparagus. Gabungan mentega dan oren mandarin memberikan rasa masam manis manakala herba yang digunakan di dalam hidangan ini tidak terlalu kuat malah ia menambahkan rasa kepada hidangan ini.
 

 

Pencuci mulut: Chocolate Ganache, Milke Tuile, Mango Sorbet


 
Bagi hidangan pencuci mulut pula, kami juga turut diminta untuk memilih hidangan coklat atau strawberi. Kami telah memilih hidangan pencuci mulut yang berasaskan coklat yang dihidangkan bersama dengan sorbet manga. Hidangan sejuk sorbet mangga ini telah dibuat menggunakan mangga dari Malaysia dan ia sangat menyejukkan dan sangat enak dimakan bersama dengan ganache coklat yang ternyata sangat enak.
 
Menu terbaru ini akan dihidangkan bermula dari 1 Julai sehingga 30 September 2017. Seiring dengan pelancaran menu baru, The Olive juga akan menukar waktu operasi. Waktu makan malam akan diubah pada jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam. The Olive akan tutup setiap hari Isnin dan Selasa.

Set Besar ( Daging): Prime Tenderloin, Whipped Wasabi, Cauliflower, Charred Onion, Bone Marrow Jus

Set Besar ( Daging): Prime Tenderloin, Whipped Wasabi, Cauliflower, Charred Onion, Bone Marrow Jus

Set Pencuci Mulut (Strawberi): Pickled strawberries, almond crumble, natural broth

Set Pencuci Mulut (Strawberi): Pickled strawberries, almond crumble, natural broth

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter