Menu Khusus untuk Si Kecil

Idea makanan khusus buat si kecil ini boleh anda cuba di rumah. Selain menyihatkan, anak anda juga pastinya berselera setiap kali tibanya waktu makan.

Puri Labu & Butternut Squash

Saiz hidangan: 1
Tempoh Penyediaan: 15 minit
*Untuk enam bulan dan ke atas

 

Bahan-bahan:
200g labu
200g butternut squash
200ml air yang telah dimasak

Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius. Bakar labu dan butternut squash selama satu jam hingga lembut.
2. Kisar labu dan butternut squash yang telah lembut bersama air masak hingga hancur dan menjadi puri.

Pasta Bayam Berkrim

Saiz hidangan: 1
Tempoh Penyediaan: 15 minit
*Untuk sembilan bulan dan ke atas

Bahan-bahan:
30g pasta saiz kecil
200g bayam, dicencang halus setelah dicuci bersih
1 sudu besar mentega tanpa garam
2 sudu besar susu
2 sudu besar krim keju
2 sudu besar keju parmesan

Cara Membuatnya:
1. Rebus pasta hingga masak.
2. Panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan bayam.
3. Masukkan krim keju dan keju parmesan bersama susu dan gaul hingga sedikit mendidih.
4. Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidang.

Resipi oleh Norasyikin Abd Wahid, Pengasas Bebetummy.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter