Hidangan Ayam Bakar Menyelerakan

Ayam Bakar

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 50 minit

Bahan-bahan:

1 ayam
2 sudu besar garam
2 sudu besar lada hitam
3 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar mentega cair
1 sudu besar paprika
1 sudu besar thyme

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan pemanggang Primada Airfryer (daripada Go Shop) pada suhu 180 darjah Celsius.
  2. Campurkan garam, lada hitam, paprika, thyme dan sos lada hitam ke dalam mangkuk, kemudian sapukan kepada ayam dengan rata.
  3. Kemudian sapukan pula dengan mentega cair.
  4. Letakkan ayam di dalam airfryer dan tetapkan masa selama satu jam 15 minit, atau sehingga jus mengalir jernih ketika ayam dipotong.
  5. Biarkan ayam menyejuk selama 20 minit sebelum dihidang.

Lobak Merah dengan Bawang Putih Parmesan

Bahan-bahan:

3 sudu besar keju parmesan parut
2 sudu besar mentega cair
2 lobak merah, dipotong bulat
2 pasli, dicencang halus

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan Primada Airfryer pada suhu 160 darjah Celsius.
  2. Gaul sebati lobak merah bersama mentega dan masak di dalam airfryer selama 10 minit.
  3. Hidangkan lobak merah yang telah siap dimasak bersama keju parmesan dan pasli.
  4. Hidangkan bersama ayam bakar.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter