‘By The Sea with Ili’ Ketengah Masakan Unik Bandar Pesisir Pantai

Ikuti pemenang Food Hero 2015, Ili Sulaiman pada November ini dalam siri jelajah ke bandar pesisir pantai di Asia untuk mencari makanan laut yang menyelerakan di samping menikmati permandangan pantai yang menakjubkan.

06

Selain menyaksikan Ili mempelajari cara masakan unik di setiap bandar, anda berpeluang menyaksikan bagaimana dia menghasilkan semula masakan tersebut dengan perspektif baru. Rancangan ekslusif By The Sea with Ili, yang berlangsung selama enam episod ini bakal menyajikan peminat makanan laut dengan paparan mingguan selama 30 minit yang akan disiarkan di Asian Food Channel (Astro Ch 703) setiap Khamis, jam 10 malam, bermula 10 November.

Pengacara Ili Sulaiman berkata, “Selain berpeluang menerokai cerita di sebalik masakan yang enak di setiap bandar, saya juga berpeluang untuk merasai sendiri masakan itu! Apa yang paling menggembirakan saya sewaktu pembikinan rancangan ini adalah apabila dapat bertemu dan melihat kemesraan dan keikhlasan nelayan tempatan, penjaja jalanan dan juga tukang masak. Saya berharap penonton juga dapat menyelami pengalaman tersebut melalui rancangan ini dan juga berkongsi kegembiraan saya ketika mengacarakannya.”

Makanan laut digemari oleh orang ramai dari seluruh pelusuk dunia dan di Asia sahaja, terdapat lebih daripada 100 jenis makanan laut yang unik. Bahkan di rantau ini, cara penyediaan dan masakan adalah berbeza bagi menyesuaikan citarasa dan selera tempatan.

10

Jelajahi bandar persisir pantai seperti Da Nang, Phuket dan Terengganu bersama Ili, di mana beliau akan bertemu dengan penduduk tempatan dari pelbagai latar belakang. Penonton pasti terpesona dengan cerita menarik mengenai nelayan laut dalam, ‘Juara Masakan’ Thailand dan juga gipsi laut! Setiap episod memaparkan gastronomi terbaik dan penonton berpeluang menyaksikan cara Ili memasak yang diinspirasikan oleh teknik dan makanan laut tempatan, sambil memaparkan ciri sejarah dan keunikan bandar tersebut.

Penonton boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun resipi daripada setiap episod selepas rancangan ini ditayangkan di www.asianfoodchannel.com/bythesea.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter