Sajian Jelita: Rendang Ayam Buah Kiwi

Resipi rendang ayam tidak semestinya perlu sama saja. Anda boleh berikan kelainan pada rendang ayam dengan menggunakan buah kiwi.

Rendang Ayam dengan Kiwi

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 1 jam

Bahan A

10 g halia

10 g lengkuas

3 batang serai

5 bawang merah

3 ulas bawang putih

15 cili kering

80 g minyak

 

Bahan B

700 g ayam

600 g santan kelapa

130 g kerisik

3 helai daun limau purut, dihiris

1 daun kunyit, dihiris

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil gula

2 Buah Kiwi SunGold Zespri, dihiris

Cara Menyediakan

  1. Masukkan bahan A dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
  2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga bangkit baunya, kemudian masukkan ayam dan santan kelapa.
  3. Masak di atas api kecil selama 30 minit, kacau selalu.
  4. Masukkan kerisik dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan masak selama 3 minit lagi.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan Buah Kiwi SunGold Zespri dan masak selama 3 minit lagi di atas api sederhana.
  8. Hidangkan semasa hangat.

Selepas tumis bahan kisar sehingga naik baunya, masukkan ayam.

Kemudian, masukkan santan kelapa.

Langkah 7: Masukkan kiwi untuk mencipta rasa yang lebih enak!

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter