Sajian Jelita: Ayam Penuhi Selera

Mencari idea menu untuk hidangan ayam? Jelita kongsikan beberapa resipi hidangan ayam yang mudah.

1 of 25

Ayam Masak Taucu

Gambar: 2.bp.blogspot

Bahan:

1 ayam (dipotong kecil)

1 bawang besar (dimayang)

3 ulas bawang putih (dimayang)

2 inci halia (dihiris halus)

2 sudu besar cili kering kisar

1 bawang besar (dipotong bulat)

1 cili merah (dipotong serong)

6 cili padi hijau (dihancur kasar)

4 sudu besar taucu

1 sudu besar pati asam jawa

Kicap lemak manis secukupnya

1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa

2 sudu besar gula pasir

Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam dan menumis

Cara penyediaan:

  1. Ayam dipotong kecil dan digaramkunyitkan. Panaskan minyak dan goreng ketulan ayam 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Guna 3 sudu besar minyak gorengan ayam tadi untuk menumis. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga bawang sedikit layu.
  3. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan taucu manis. Kacau dan masukkan 1 cawan air. Biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan ayam goreng tadi. Kaupbalikkan ayam sehingga mesra. Kemudian baru tambahkan air untuk kuahnya. Masukkan kicap lemak manis secukupnya, pati asam jawa, perencah Maggi Cukup Rasa dan gula. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi dan ayam masak sempurna.
  5. Padamkan api, masukkan cili padi, bawang besar dan hirisan cili merah.
1 of 25

Ayam Masak Taucu

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter