Salad Ubi Kentang ala Cina Air Tangan Raianna A Rahman

Jelita bawakan pasangan romantis Raianna A Rahman (atau dikenali sebagai Rai Rahman daripada Go Shop) dan Zain Shah untuk berkongsi hidangan santai kegemaran mereka sekeluarga.

Salad Ubi Kentang ala Cina

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:

1 paket ketumbar
8 ubi kentang russet, dipotong kiub
340g daging bacon, dipotong halus
6 baby pak choy, dipotong kiub
2 cawan mayones
2 sudu besar minyak bijan

Cara Membuatnya:

  1. Didihkan air di dalam periuk besar dan masak ubi kentang hingga lembut.
  2. Kemudian keluarkan ubi kentang yang sudah lembut daripada air. Biarkan selama 10 minit.
  3. Seterusnya goreng daging bacon tanpa menggunakan sebarang minyak.
  4. Campurkan mayones bersama minyak bijan dan gaul rata.
  5. Akhir sekali, campurkan ubi kentang, daging bacon, ketumbar, pak choy serta campuran mayones dan minyak bijan di dalam mangkuk besar. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter