Fakta Malam Berinai Yang Anda Perlu Tahu

Jika dulu, acara kemuncak sesebuah perkahwinan adalah majlis nikah tetapi kini mula dipelbagaikan dengan sesi istimewa seperti malam berinai. Jelita kongsikan beberapa fakta tentang malam berinai yang perlu anda tahu.
 

Gambar: Shutterstock


 
Berinai Curi

Ianya biasa diadakan pada petang tiga hari sebelum hari perkahwinan. Kebiasaannya, kedua-dua tangan dan kaki pengantin perempuan akan diinai untuk tatapan keluarga dan saudara mara.
 
Berinai Kecil

Sama seperti berinai curi tetapi dianjurkan pada petang dua hari sebelum majlis perkawinan dan juga untuk tatapan kaum keluarga.
 
Berinai Besar

Biasanya, ia dilakukan sebelum kenduri kahwin atau selepas majlis akad nikah. Menurut adat resam Melayu, ianya diadakan untuk tetamu kahs jemputan pengantin. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi supaya ia tidak melanggar syariat agama.

  • Inai sebaiknya hanya dipakai oleh pengantin perempuan. Sesetengah pandangan mengatakan, jika pengantin lelaki mengenakan inai pada jari, ia seakan menyerupai hiasan wanita.
  • Inai untuk lelaki hanya dibenarkan jika ia bertujuan untuk merawat kesihatan seperti masalah kuku buruk atau dipakai pada rambut dan janggut sekiranya terdapat uban.

Gambar: Shutterstock


 
Daun Inai

Gunakan daun inai yang sudah ditumbuk dan dibasahkan dan lebih baik jika dau tersebut dicampurkan dengan sedikit nasi supaya memudahkannya melekat. Kebiasannya, malam berinai tidak membabitkan bakal sumai kerana mereka belum sah dinikahkan.
 
Peraturan

Tidak dinafikan, kini dapat dilihat ramai bakal pengantin lebih suka memilih untuk mengukir inai pada tangan dan kaki mereka daripada memakai inai tradisional. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita. Namun, ukiran coraknya haruslah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja. Warna yang dipilih juga tidak bersifat kekal, begitu juga dengan corak. Pastikan corak ukiran itu tidak mempunuai unsur yang meragukan seperti bentuk haiwan, lambang dewa tau apa juga gambaran yang bertentangan dengan syarak.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter